Calon Kerajaan Perpaduan mampu menang PRK Sg Bakap

NIBONG TEBAL – Calon Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, keyakinan tersebut adalah bersandarkan kepada gerak kerja kempen jentera BN dan UMNO yang telah melaksanakan kaedah tertentu untuk mendekati sekali gus menarik sokongan pengundi muda kepada calon Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin.

Malah kata beliau, jentera pilihan raya parti itu turut memberi tumpuan terhadap 5,105 ahli UMNO yang merupakan pengundi di DUN Sungai Bakap sejak pengisytiharan calon yang bertanding pada 22 Jun lepas.

“Untuk anak-anak muda, telah ada program tertentu yang kita laksanakan. Mereka mungkin bersentimen sebaliknya tetapi apabila pendekatan dilakukan dengan kaedah terbaik dan sesuai dengan cita rasa mereka, saya fikir akhirnya pada hari pengundian, mereka akan mengundi Dr Joohari Ariffin iaitu calon daripada Kerajaan Perpaduan.

“Kita akan menang, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pra Tahfiz Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pulau Pinang di Dewan Perda-Tech, Bukit Panchor di sini pada Selasa.

Justeru, Ahmad Zahid meminta pengundi Sungai Bakap memberikan sokongan dan dukungan kepada calon Pakatan Harapan untuk kesinambungan perkhidmatan yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Rashidi Zinol.

“Saya harap ibu bapa dapat istiqamah bersama-sama dengan saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilahirkan di Sungai Bakap ini untuk terus menjadi pemimpin kita bagi pembangunan di Sungai Bakap, Nibong Tebal dan insya-Allah, di seluruh Pulau Pinang dengan bertambahnya seorang lagi ADUN daripada Kerajaan Perpaduan,” katanya.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan Cikgu Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei akibat keradangan dalam perut.

Related Posts

Malaysia teraju integrasi grid serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau