Calon BN yakin tiada protes pengundi Cina, cuma pengundi luar mungkin tak balik

KLUANG – Barisan Nasional (BN) yakin tidak berlaku isu protes pengundi Cina dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, sebaliknya ia lebih menjurus kepada isu kelompok pengundi luar.

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah berkata, beliau tidak melihat isu protes yang digembar-gembur itu sebagai isu besar kerana bersandarkan keyakinan terhadap maklum balas positif daripada masyarakat Cina yang disantuni sepanjang tempoh berkempen setakat ini.

Ketua Pemuda UMNO Kluang itu berkata, kebimbangan yang wujud adalah berkaitan kekangan pengundi luar untuk pulang mengundi memandangkan tiada cuti khas untuk PRK Mahkota.

“Saya lihat sepanjang kempen saya bersama dengan masyarakat Tionghua, mereka memberi sokongan yang sangat baik.

“Apa yang dimaksud dengan Cina tak keluar (undi) ini adalah mereka tidak pulang… kerana (untuk) PRK (pilihan raya kecil), ada sesetengah majikan tidak memberi cuti, tidak seperti PRU (pilihan raya umum). Jadi itu sahaja.

“Tetapi untuk Cina di lokaliti ini, saya berpendapat, mereka akan memberi sokongan yang cukup padu (untuk PRK) kali ini,” katanya ketika ditemui pada Program Sembang Santai Petang Bersama Gabungan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Kluang, di PDM Kampung Melayu 1, pada Ahad.

Syed Hussien berkata demikian mengulas pendekatan yang akan dibuat bagi menarik pengundi Cina keluar mengundi susulan ura-ura wujudnya gerakan protes pengundi Cina yang enggan keluar mengundi dalam PRK DUN Mahkota 28 September ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan, BN akan meneruskan kempen berkonsepkan ‘keluarga besar’ tanpa mengabaikan mana-mana kaum.

“Kami tidak akan meninggalkan setiap bangsa. Kita akan seimbangkan konsep kempen kita,” ujar Syed Hussien lagi.

Related Posts

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

KUALA KANGSAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan umat Islam di negara ini agar menjadikan ibadah puasa sebagai medan terbaik untuk meningkatkan martabat serta membentuk sahsiah diri yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

SANDAKAN – Terry Pernell, seorang American Travel Content Creator, meluahkan rasa kagum terhadap keindahan dan keramahan penduduk di Sandakan, Sabah. Menurut Terry, minatnya untuk meneroka Asia bermula selepas pengalaman melancong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

  • By Fandi
  • February 14, 2026
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang