Caj insurans kesihatan naik mendadak akan bebankan hospital, klinik kerajaan – MMA

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira melahirkan kebimbangan susulan peningkatan ketara caj premium insurans kesihatan.

Tegasnya lonjakan caj insurans kesihatan itu boleh menyebabkan kebergantungan kepada sistem penjagaan kesihatan awam yang sudah terlalu terbeban ketika ini.

Beliau berkata, hal ini kerana pemegang polisi insurans yang sudah tidak mampu membayar premium atau kadar perlindungan yang tidak mencukupi tiada pilihan memilih sistem penjagaan kesihatan awam.

Katanya, walaupun pelarasan kepada premium insurans mungkin diperlukan untuk mengambil kira kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, namun ia perlu kekal dalam kadar yang munasabah dan berpatutan.

“Polisi insurans harus direka bentuk untuk menampung semua kumpulan pendapatan supaya kewangan untuk kesihatan sentiasa tersedia.

“Selain itu, mereka yang mempunyai polisi sedia ada juga tidak sepatutnya terbeban dengan kenaikan premium yang tidak dirancang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru, Dr Kalwinder berharap pendekatan yang seimbang adalah penting untuk mengekalkan ekosistem penjagaan kesihatan yang mampan yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan.

Semalam, beberapa ahli Parlimen blok kerajaan menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) mengawal dan menyiasat kenaikan 40 hingga 70 peratus caj premium insurans kesihatan yang dikenakan kepada pengguna.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang menggerakkan kempen isu kesihatan bersama beberapa ahli Parlimen lain, menyeru BNM menyiasat dan mengkaji semula syarikat insurans yang mengeluarkan notis kenaikan itu.

“Kalau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh melaksanakan siasatan mengaut keuntungan berlebihan ke atas kenaikan, contohnya 10 sen sebiji telur.

“Kenapa BNM tidak boleh membuat siasatan ke atas kenaikan berpuluh sehingga beratus kenaikan premium?” katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Rabu.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan