Cadangan penyelesaian interim kesesakan pelabuhan Sepanggar akan dibentang di Kabinet Sabah – Ewon

KOTA KINABALU – Cadangan penyelesaian interim bagi menangani kesesakan di Pelabuhan Sepanggar akan dibentangkan di Kabinet negeri dalam masa terdekat, kata Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick.

Beliau yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah berkata, cadangan penyelesaian interim itu perlu dibuat kerana penyelesaian jangka masa panjang seperti projek perluasan Pelabuhan Sepanggar yang sedang dilaksanakan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

“Susulan aduan mengenai isu kesesakan di Pelabuhan Sepanggar, hari ini saya menyertai sebuah ‘prime mover’ daripada depo di Kawasan Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) ke Pelabuhan Sepanggar untuk mengambil kontena yang akan dihantar kepada pelanggan, bagi meneliti sendiri aduan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di Pelabuhan Sepanggar, di sini pada Ahad.

Ewon berkata, hasil tinjauan mendapati aduan yang disuarakan adalah berasas, dengan beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kepada kesesakan, termasuk aspek kecekapan operasi yang perlu ditangani segera.

“Saya dapati aduan yang disampaikan sememangnya berasas. Banyak faktor menyumbang kepada kesesakan di Pelabuhan Sepanggar, namun isu kecekapan mesti ditangani dan diperbaiki,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa isu kesesakan Pelabuhan Sepanggar kini menjadi keutamaan di MINDET kerana pelabuhan berkenaan merupakan pembolehubah utama kepada keseluruhan ekosistem perindustrian dan keusahawanan di Sabah.

“Kesesakan di pelabuhan ini memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan, kos logistik serta daya saing industri dan usahawan di negeri ini.

“Oleh itu, ia menjadi keutamaan nombor satu saya di MINDET untuk diselesaikan,” katanya.

Sehubungan itu, Ewon memaklumkan beberapa perbincangan akan diadakan bersama pihak berkepentingan berkaitan sebelum kertas Kabinet dibentangkan bagi mendapatkan kelulusan penyelesaian interim.

Beliau turut memberi jaminan Kerajaan Sabah komited untuk memastikan kelancaran operasi pelabuhan demi menyokong pertumbuhan ekonomi Sabah secara mampan.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16