Cabaran baharu kerajaan di DUN Mahkota

DALAM ketaasuban pembangkang meramalkan kemenangan mudah dimiliki UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota nanti, perspektif berbeza pula dilontarkan oleh jentera barisan parti berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berpendapat, Barisan Nasional (BN) tetap mempunyai kesukaran tersendiri untuk menang di DUN tersebut.

Ujar beliau, bukan mudah untuk calon BN menang pada PRK DUN Mahkota meskipun penyandangnya sebelum ini meraih kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Johor ini menambah, cabaran baharu pada masa kini adalah peningkatan jumlah pengundi iaitu sebanyak tiga kali ganda berbanding PRN dahulu.

“Cabaran utama adalah peningkatan jumlah pengundi DUN Mahkota iaitu seramai 66,000 warga DUN Mahkota yang layak mengundi.

“Selain itu, cabaran untuk mengisi kekosongan ditinggalkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang jelas bukanlah perkara mudah.

“Walaupun Allahyarhamah menang dengan majoriti 5,166 pada PRN lalu namun situasi PRN dan PRK DUN Mahkota tidak sama,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.29 Mahkota di Command Center BN N29 Mahkota di sini, baru-baru ini.

Walaupun begitu, beliau percaya dengan kaliber calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah yang dipilih pihaknya dalam meneruskan legasi Allahyarhamah.

“Saya lihat calon kita seorang yang berwibawa, boleh diketengahkan daripada ramai calon yang berkaliber.

“Kita harap pengundi memberi peluang kepadanya. Keputusan memilih Syed Hussien dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Pemilihan Syed Hussien tepat bagi meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain di DUN Mahkota,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menjangkakan calon BN boleh menang besar pada PRK DUN Mahkota sekali gus mengulangi kejayaan diperoleh di Nenggiri bulan lalu.

Beliau berkata, keyakinan itu hasil keputusan PRN Johor pada November 2022 yang menunjukkan BN memperoleh lebih 16,000 undi sementara Pakatan Harapan (PH) memperoleh lebih 11,000 undi.

Annuar berkata, berbeza dengan Perikatan Nasional (PN) bermodalkan hanya 7,000 undi pada PRN lalu.

Justeru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi kemudiannya mencadangkan agar PN tidak bertanding pada PRK DUN Mahkota sekiranya kemenangan mudah telah dijangkakan oleh Annuar.

Menerusi hantaran di Facebook beliau semalam, Puad berkata, kekalahan yang boleh dihidu itu memberikan kebaikan untuk pihak berkenaan menarik diri berbanding terus bertanding sekaligus menyebar fitnah, janji kosong dan yang paling digeruni adalah penghinaan terhadap institusi Diraja berulang kembali.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, calon Amanah yang menggunakan logo PKR, Muhammad Said Jonit menang kerusi DUN Mahkota dengan meraih 19,507 undi dan meraih majoriti 1,668.

Muhammad Said menewaskan calon BN, Datuk Jais Sarday yang meraih 17,839 undi dan calon Pas, Hasbullah Najib yang mendapat 3,092 undi.

Sementara dalam PRN Johor yang diadakan pada November 2022, calon BN, Sharifah Azizah menang kerusi DUN Mahkota dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti sebanyak 5,166 menewaskan calon PH, Taqiuddin Cheman (Amanah) yang memperoleh 11,445 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Nor Lingan dan calon Warisan, Mohamed Noor Suleiman pula masing-masing meraih 7,614 dan 555 undi.

Bagaimanapun, SPR melaporkan semasa PRU14, peratusan keluar mengundi adalah tinggi iaitu pada 80 peratus, manakala, PRN Johor yang memberikan kelebihan kepada BN merekodkan peratusan keluar mengundi rendah sekitar 60 peratus sahaja.

Justeru, cabaran disuarakan oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz itu wajar diberikan perhatian berikutan peningkatan jumlah pengundi ketika ini serta peratusan keluar mengundi pada PRK nanti memainkan peranan terhadap kemenangan calon pada 28 September nanti.

Kemenangan mudah diramalkan pihak tertentu tidak boleh dijadikan sebagai tiket untuk ‘kedudukan selesa’ kepada barisan Kerajaan Perpaduan.

Apa yang dinyatakan oleh Presiden UMNO agar semua parti komponen bekerjasama membantu kemenangan calon dan berkempen dalam suasana harmoni perlulah disambut dengan berlapang dada.

Related Posts

GRS bukan sekadar pakatan, tapi keluarga politik demi masa depan Sabah – Rina

TAWAU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dilihat sebagai satu entiti politik yang bersatu, matang dan berpandangan jauh, bukan sekadar pakatan pilihan raya, tetapi sebuah keluarga besar yang bergerak seiring demi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambung kontrak Azam Baki, Izzah sedia bawa kepada PMX

KUALA LUMPUR –  Nurul Izzah Anwar komited dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan penyambungan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Beliau yang bertanding sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah