Butiran pelaksanaan pendidikan percuma Sarawak diumum pada November

KUCHING – Butiran mengenai pelaksanaan pendidikan percuma di Sarawak akan diumumkan pada November 2025.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, perincian penuh senarai kursus akan diumumkan pada November 2025.

“Kebanyakan kursus yang ditawarkan di bawah inisiatif pendidikan percuma tertumpu dalam bidang sains,” jelas beliau.

Selain itu, jelas beliau lagi, keputusan ini berdasarkan keperluan industri yang menunjukkan permintaan tinggi terhadap graduan dalam bidang sains.

“Bidang lain selain bidang sains seperti kewangan, perakaunan, undang-undang dan psikologi turut di bawah inisiatif pendidikan percuma,” kata beliau lagi. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media STEM Catalyst-Raspberry Pi 2025 di Bangunan Pentadbiran Sarawak Skills pada Rabu.

Sementara itu, Roland menambah permohonan untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi akan dibuka selepas November ini dengan tiada kuota yang ditetapkan.

Tambah beliau, pengambilan pertama di bawah insiaitif tersebut dijangka seawal Februari tahun depan.

“Pelaksanaan inisiatif pendidikan percuma kini dalam fasa terakhir,” ujar beliau. 

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM