Burnley jadi ‘lauk’ City

MAXIME Esteve menjadi watak malang apabila menjaringkan dua gol sendiri sekali gus membuka laluan mudah buat Manchester City membelasah Burnley 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, lewat malam tadi.

Burnley seakan berpeluang bangkit apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-38, namun dua gol sendiri pertahanan dari Perancis itu menghancurkan harapan mereka sebelum Erling Haaland menutup malam gemilang City dengan dua gol lewat permainan.

Tuan rumah bermula garang apabila percubaan Jeremy Doku ditepis penjaga gol Martin Dubravka, tetapi bola lantun terkena Esteve yang cuba mengeluarkan bola namun tersasar ke gawang sendiri untuk gol pembukaan City.

Burnley menyamakan kedudukan hasil percubaan Jaidon Anthony yang terkena Ruben Dias sebelum menerjah jaring, sekali gus memberi sedikit kelegaan buat pelawat.

Babak kedua menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola menguasai permainan dan mereka mendahului selepas tandukan Haaland membuka ruang buat Matheus Nunes menyudahkan bola jarak dekat.

Empat minit kemudian, Esteve sekali lagi tertampan bola ke gawang sendiri selepas percubaan Oscar Bobb terkena dirinya dan bola terus meluru ke penjuru gawang.

Tidak cukup dengan itu, Haaland yang beraksi cemerlang memastikan kemenangan besar City apabila menjaringkan dua gol pantas masing-masing pada minit ke-90 dan 93.

Related Posts

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

JARINGAN lewat Luis Diaz dan Michael Olise memastikan Bayern Munich meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Real Madrid, awal pagi tadi. Keputusan itu sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 6-4 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi