BUDI95: Elak salah guna MyKad, JPN integrasi sistem bersama MoF

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah mengintegrasikan sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan Kementerian Kewangan (MoF) bagi mengelak penyalahgunaan MyKad dalam pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan itu diambil dalam memastikan insiden penyelewengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)  menggunakan MyKad yang dilaporkan hilang tidak berulang terhadap subsidi RON95.

Menurut beliau, siasatan mendapati lebih 100 kes dikesan apabila MyKad yang dilaporkan hilang digunakan untuk menuntut SARA berikutan kelemahan penyelarasan data antara kedua-dua sistem tersebut.

“Dalam hal yang berlaku tempoh hari adalah kita nyahaktif (MyKad yang hilang) itu dalam sistem kita, manakala SARA itu sistem di bawah MoF, jadi kita kena sync (integrasi) dulu supaya dua sistem ini boleh cakap satu sama lain dan apabila hal itu tidak berlaku maka MyKad yang hilang masih boleh digunakan.

“Itu dalam angka 100 (kes), kita dah kesan lokasinya di mana dan kita sudah pun mengambil semua langkah pembetulan iaitu dengan semua sistem yang kita aktifkan, kita nyahaktif terhadap nombor (MyKad hilang), kali ini dengan sendirinya MoF juga punya akses (pada penyahaktifan) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau kaunter di Ibu Pejabat JPN sempena hari pertama penggantian cip MyKad rosak secara percuma, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan, perkara itu membuka ruang kepada penyalahgunaan apabila MyKad yang hilang digunakan bagi tujuan tuntutan haram, sekali gus menjejaskan integriti sistem bantuan kerajaan.

“Kita sudah kesan lokasinya dan semua langkah pembetulan telah dibuat. Sekarang, setiap kali MyKad dinyahaktifkan oleh JPN, ia akan serta-merta disekat daripada digunakan dalam sistem SARA MoF juga sudah ada akses kepada maklumat itu,” katanya.

Beliau berkata, langkah tersebut tidak boleh dibuat secara sembarangan kerana melibatkan data peribadi rakyat yang sangat sensitif, namun penambahbaikan segera dilaksanakan selepas kelemahan dikesan.

“Kali ini kita belajar daripada apa yang berlaku. Soalnya bukan kecil atau besar, soalnya ada berlaku. Oleh itu kita ambil tindakan supaya ia tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengumumkan rakyat Malaysia layak menggunakan petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan di bawah inisiatif BUDI95.

Bagaimanapun, Anwar berkata, bagi pemandu e-hailing, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen