BUDI95: Bukti keadilan sosial, rakyat hargai usaha kekang ketirisan

HAZIQ AZHAR, HAFIQ HASSAN

KUCHING – Pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) disifatkan sebagai langkah tepat dan strategik oleh Kerajaan MADANI dalam memastikan subsidi petrol disalurkan secara adil kepada rakyat Malaysia, sekali gus mengekang isu ketirisan yang merugikan negara.

Langkah rasionalisasi subsidi yang turut meliputi kenderaan awam dan komersial terpilih ini dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk mengimbangi pembangunan negara dengan kebajikan rakyat.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati rata-rata penerima meluahkan rasa syukur dan menyifatkan bantuan tersebut sebagai bukti jelas keprihatinan kerajaan terhadap denyut nadi rakyat yang berdepan cabaran kos sara hidup.

Cerminan nilai ihsan

Bagi pekerja swasta, Mohammad Saifful Nazri Satra, 28, dia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan atas pelaksanaan BUDI95 yang dianggap amat bermakna, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurutnya, inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi menterjemahkan nilai ihsan dan keadilan sosial yang menjadi teras pentadbiran MADANI.

“Bantuan BUDI95 ini jelas mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela melalui pendekatan bersasar dan adil.

“Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan harian saya, malah memberikan kelegaan serta keyakinan bahawa kerajaan sentiasa mendengar dan memahami keperluan sebenar rakyat,” katanya.

Tambah Mohammad Saifful, langkah proaktif ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam mengimbangi pembangunan ekonomi negara tanpa meminggirkan kesejahteraan rakyat.

“Saya amat menghargai usaha murni ini dan mendoakan agar segala inisiatif yang dilaksanakan terus memberi manfaat berpanjangan serta menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan negara,” ujarnya lagi.

Bantu golongan pekerja

Nada yang sama turut disuarakan oleh seorang pengawal keselamatan, Mohamad Safuani, 35, yang menyifatkan inisiatif tersebut sebagai satu rahmat buat golongan pekerja sepertinya.

Jelas beliau, bantuan subsidi bersasar ini membuktikan kerajaan serius dalam membantu meringankan beban rakyat marhaen.

“Saya sebagai penerima inisiatif RON95 ingin berterima kasih kepada kerajaan Malaysia.

“Bantuan ini jelas telah membantu rakyat serta mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan dan kesejahteraan masyarakat seperti kami,” katanya.

Pelaksanaan BUDI95 merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menstruktur semula subsidi bahan api agar ia dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak dan tidak ‘bocor’ kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang