Budak perempuan digigit, dicucuk ibu kandung

KANGAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menanggung derita apabila dipercayai digigit dan dicucuk dengan sebilah gunting oleh ibu kandungnya sendiri dalam kejadian menyayat hati.

Perlakuan itu hanya terbongkar apabila guru besar sekolahnya menyedari kehadiran mangsa yang kerap lewat ke sekolah sekaligus menimbulkan rasa curiga.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, guru besar sekolah rendah di Jitra, Kedah itu kemudiannya bertindak membuat laporan polis selepas mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terhadap murid tahun lima itu.

“Mangsa merupakan kanak-kanak perempuan dipercayai telah didera oleh ibu kandungnya sendiri yang berusia 33 tahun.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mendapati terdapat kesan luka pada belakang badan, leher, kaki dan tangan mangsa akibat digigit dan dicucuk dipercayai menggunakan gunting,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan laporan yang diterima, sepasukan anggota polis melancarkan Ops Jejak dan berjaya menahan suspek kira-kira pukul 1.30 pagi semalam berhampiran jejambat Titi Kerbau, Lebuhraya Changlun–Kuala Perlis.

“Turut dirampas ialah sebilah gunting berhulu kuning sepanjang 12 sentimeter, sebuah telefon pintar iPhone 12 berwarna merah dan sekeping kad SIM jenama Tune Talk yang dipercayai digunakan oleh suspek.

“Mahkamah Majistret Kangar telah membenarkan reman selama empat hari terhadap suspek bermula semalam hingga 11 April ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Polis turut menyeru orang awam agar sentiasa peka terhadap nasib kanak-kanak di sekeliling dan tidak teragak-agak untuk melaporkan sebarang bentuk penderaan kepada pihak berkuasa.

Related Posts

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

JOHOR BAHRU – Individu terbabit dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini, semalam, sebagaimana tular dalam media sosial, disahkan adalah seorang anggota polis.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar