
KOTA SAMARAHAN – Buaya sesat yang ditemui di longkang di Kampung Sungai Buluh, Kota Samarahan, berjaya ditangkap oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Sebuyau pada petang tadi.
Reptilia betina yang dianggarkan sepanjang lima kaki itu ditangkap menggunakan tali dan pita pelekat untuk memastikan ia tidak mengancam keselamatan awam dan anggota penyelamat.
“Pasukan Bomba yang terdiri daripada enam anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.55 petang.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, buaya tersebut kini ditempatkan di balai Bomba dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan selanjutnya.
Penangkapan ini dilakukan demi memastikan keselamatan awam khususnya penduduk setempat yang mungkin terancam oleh kehadiran buaya tersebut.







