
MIRI- Bunei Darussalam menghantar 61 atlet untuk Sukan Malaysia 2024 (SUKMA) yang ke-21 di Sarawak yang bermula pada 17 Ogos sehingga 24 Ogos ini.
Difahamkan, 61 atlet Brunei tersebut menyertai 11 acara yang dipertandingkan pada SUKMA kali ini.
Antara acara yang bakal disertai ialah acara Akuatik, Olahraga, Catur, E-Sports, Lawan Pedang, Karate, Pencak Silat, Bola Jaring, Sepak takraw, Taekwondo dan Wushu.
Menariknya, penyertaan atlet dan pegawai Brunei Darussalam dan Malaysia ini menjadikan seramai 9,921 atlet dan 2,692 pegawai yang menyertai SUKMA di Sarawak.







