Briskwalk Merdeka satukan komuniti Telok Kalong

TELOK KALONG – Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat komuniti Telok Kalong tahun ini diserikan dengan penganjuran Briskwalk Merdeka di Dataran Pantai Telok Kalong.

Program anjuran Komuniti MADANI Kampung Telok Kalong dengan kerjasama Tadika KEMAS Telok Kalong itu berjaya menarik kira-kira 100 penyertaan, melibatkan ibu bapa, pelajar, guru tadika serta penduduk setempat.

Ketua Komuniti MADANI Telok Kalong, Mohd Hafiz Rajik berkata, program tersebut turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.

“Penyertaan warga komuniti bersama KEMAS sangat memberangsangkan. Ini membuktikan semangat patriotisme jika disemai sejak kecil dapat melahirkan warganegara yang mempunyai rasa cinta dan tanggungjawab tinggi kepada negara,” katanya.

Guru Tadika KEMAS Telok Kalong, Shakira berkata, kerjasama strategik antara KEMAS dan komuniti MADANI adalah instrumen berkesan dalam mengukuhkan gagasan Malaysia MADANI di peringkat akar umbi.

“Kerjasama rentas agensi ini sangat baik kerana membolehkan hubungan lebih erat direalisasikan dalam masyarakat,” katanya.

Untuk rekod, Komuniti MADANI Telok Kalong merupakan salah satu daripada 12 Komuniti MADANI di bawah kelolaan Jabatan Penerangan Daerah Kemaman.

Related Posts

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di sini dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di Pantai Balok, berhampiran Maahad Tahfiz Turath, lewat petang semalam. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL