Bonus selepas kantoi: Kerajaan Pas Terengganu ubah nada bila rakyat mengamuk

DALAM tempoh tiga hari, Kerajaan Negeri Terengganu telah menunjukkan satu drama politik paling memalukan tahun 2025: daripada ‘tiada bonus untuk penjawat awam’ kepada tiba-tiba ‘bonus RM500 diberi kepada semua’.

Perubahan mengejut ini bukan tanda keprihatinan tetapi tanda kerajaan panik selepas kantoi meluluskan RM16 juta untuk pinjaman kereta mewah ADUN.

10 November 2025 Buletin TV3 melaporkan dengan jelas:

“Tiada bonus untuk penjawat awam.”

Belanjawan dibentang dengan alasan klasik: duit tak cukup.

Tetapi rakyat pantas sedar ada sesuatu yang busuk. Belanjawan tahun sama menunjukkan hasil negeri RM1.998 bilion, termasuk RM1.7 bilion disumbangkan Kerajaan Persekutuan. Negeri tidak miskin cuma prioriti pemimpin yang miskin integriti.

RM16 juta untuk YB, rakyat dapat alasan

Beberapa hari sebelum itu, kerajaan negeri melalui pindaan enakmen telah meluluskan pinjaman kereta bernilai RM16 juta untuk 32 ADUN.

Setiap YB boleh ambil sehingga RM200,000 untuk membeli kereta baharu—Tesla, CX-5 Turbo, Sealion 7, apa saja yang sedap dipandu.

Selama ini mereka berteriak ‘pitih takdok’, tetapi untuk keselesaan sendiri, duit negeri tiba-tiba ’dok sekak pulok’.

Rakyat pun faham makna sebenar:
bila untuk rakyat – tiada duit;
bila untuk YB – duit melimpah.

13 November 2025: TIBA-TIBA ADA BONUS RM500

Selepas kecaman meledak di media sosial, selepas rakyat meluat dengan kedekutnya kerajaan negeri, selepas pendedahan RM16 juta menjadi isu nasional barulah muncul berita dari Sinar Harian:

“Penjawat awam Terengganu terima bonus RM500.”

Bonus ini bukan perancangan.
Bonus ini bukan penghargaan.
Bonus ini adalah panadol politik.
Diberi bukan kerana kerajaan sayang rakyat tetapi kerana kerajaan takut imej makin hancur.

Bagaimana sebuah kerajaan boleh berubah keputusan dalam 72 jam?

Ringkas: kerana mereka kantoi.

Jika rakyat tidak bersuara, sangat jelas
penjawat awam tidak akan dapat satu sen pun.
pinjaman kereta YB tetap berjalan seperti biasa.
kerajaan negeri akan terus selesa menunggang naratif ‘tiada duit’.

Ini bukan pentadbiran.
Ini kerajaan yang hanya bergerak apabila disepak oleh kemarahan rakyat.

Prioriti yang songsang, rakyat makin melihat

Hari ini rakyat lihat dengan mata sendiri:

RM16 juta untuk ADUN lulus cepat.

RM500 untuk penjawat awam hanya selepas kantoi.

Duit Persekutuan RM1.7 bilion – tetap kata ‘tak cukup’

Belanjawan tiada bonus tetapi propaganda berubah selepas diserang.

Kerajaan negeri bukan gagal memahami ekonomi, mereka gagal memahami amanah.

Bonus 500 bukan hadiah ia adalah pengakuan bersalah.

Apa yang berlaku hanyalah satu:
Kerajaan Pas Terengganu telah kantoi.
Rakyat sudah celik. Penjawat awam sudah nampak.
Kerajaan negeri hanya akan berubah apabila dipaksa, bukan kerana mereka peduli.

Dan episod ini membuktikan satu perkara:
Apabila kemarahan rakyat menjadi api, tiba-tiba kerajaan Pas pandai cari duit.

Related Posts

Mulut lebih laju daripada kerja, inilah kepimpinan Pas Kedah

SIDANG Dun Kedah baru sahaja melabuh tirai, namun yang tinggal bukanlah dasar baharu yang membanggakan, bukan pelan pembangunan yang menggerakkan negeri tetapi sebaliknya lahir seorang lagi ‘tokoh baharu’ dari Kuala…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1.32 bilion royalti tak masuk akaun kerajaan negeri? Atau kerajaan negeri cuba tipu rakyat?

APABILA Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) menjerit kononnya ‘RM1.32 bilion royalti petroleum tak masuk akaun kerajaan negeri’, yang lebih kelakar bukan angka itu tetapi cara mereka cuba menipu rakyat menggunakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan