Bomba tamatkan operasi pemadaman selepas 3 hari

PASIR GUDANG- Operasi pemadaman beberapa buah kilang termasuk stor penyimpanan minyak hitam dan lori yang dilaporkan terbakar sejak Sabtu lalu ditamatkan petang semalam.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I), Zaipulbahri Mat Rusok berkata, kebakaran di Jalan Cenderai 27, Taman Kota Puteri di sini, itu berjaya dihentikan sepenuhnya pada jam 2.35 petang.

Menurut beliau, operasi tersebut berhadapan kesukaran berikutan struktur kawasan kebakaran dipenuhi tong-tong minyak bersaiz besar serta angin kuat yang menyebabkan api cepat merebak.

“Kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 700 x 700 kaki persegi dan memusnahkan hampir 92 peratus.

“Kebakaran besar ini akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas kerja-kerja pemadaman dan ‘overhaul’ dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaipulbahri berkata, operasi melibatkan kekuatan 37 anggota dari lapan balai bomba termasuk Pasir Gudang, Johor Jaya, Tebrau, Kota Tinggi, Larkin, PBS Mount Austin, PBS Ulu Tiram dan Pasukan Khas Hazmat JBPM Johor.

Sabtu lalu, media melaporkan sebanyak tiga kilang dan 15 kenderaan musnah sepenuhnya membabitkan premis penyimpanan minyak hitam terpakai, kilang pemprosesan sabun dan kawasan parkir lori.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan penuh bagi mengenal pasti beberapa premis di kawasan itu yang dikesan beroperasi tanpa sebarang kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu