BN sudah hantar LOD RM100 juta kepada ADUN Rembia

GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) sudah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Datuk Muhammad Jailani Khamis ekoran tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia di Melaka itu ‘melompat’ ke Pas, baru-baru ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata ia adalah langkah awal bagi parti berkenaan mendapatkan pampasan RM100 juta daripada Muhammad Jailani.

“Untuk ADUN Rembia, LOD telah dikeluarkan kepada beliau untuk membayar RM100 juta kepada BN,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program ramah mesra bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi Jerek sempena pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri di Gua Musang, petang tadi.

Muhammad Jailani – yang asalnya ahli UMNO sebelum menyertai PKR dan berubah menjadi ADUN bebas – diumum menjadi ahli Pas pada 16 Julai lalu.

Ia diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut mendakwa langkah itu tidak menjejaskan kedudukan Muhammad Jailani sebagai ADUN kerana dibuat sebelum Melaka menguatkuasakan peraturan anti lompat parti.

Media sebelum ini melaporkan BN akan menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta daripada Muhammad Jailani kerana melanggar aku janji diikrarkannya semasa bersetuju menjadi calon parti berkenaan pada 20 November 2021.

Ahmad Zahid menegaskan tindakan susulan akan diambil jika Muhammad Jailani masih gagal membuat bayaran seperti ditetapkan.

Related Posts

PH Sabah bermesyuarat pada Ahad, persetujuan bersama jadi keutamaan – Mustapha

KOTA KINABALU – PH Sabah akan mengadakan mesyuarat penting pada esok petang Ahad, bagi membincangkan penstrukturan semula kepimpinan tertinggi gabungan itu serta hala tuju baharu menjelang fasa politik seterusnya. Ia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Noh Omar letak jawatan, kecewa keputusan tidak dihormati

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Tan Sri Noh Omar, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta susulan rasa kecewa terhadap tindakan Lembaga Disiplin parti yang didakwa tidak menghormati keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

  • By Fandi
  • February 14, 2026
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang