BN Sabah lancar Skuad Sukarelawan, bantu mangsa bencana

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah melancarkan Skuad Sukarelawan BN bagi membantu mangsa bencana di negeri ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan berkenaan sudah mula turun ke beberapa kawasan yang terkesan bencana baru-baru ini.

“Skuad itu juga akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan rasmi bagi mengukuhkan peranan mereka.

“Penubuhannya adalah inisiatif BN Sabah untuk membantu rakyat negeri ini yang menghadapi kesukaran semasa dan selepas bencana,” katanya ketika merasmikan Flag-Off Skuad Sukarelawan Barisan Nasional Sabah di Bangunan UMNO Sabah, pada Sabtu.

Tambah Zahid, skuad berkenaan sudah mula turun padang dengan empat lori tangki digerakkan ke kawasan terjejas.

“Kita juga membeli mesin ‘water jet’ yang diagihkan kepada skuad ini.

“Skuad ini akan didaftarkan secara rasmi dan digerakkan di 25 kawasan Parlimen di seluruh Sabah dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” katanya.

Katanya lagi, selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, selain pembersihan bantuan turut difokuskan kepada pembaikan dan pembinaan semula rumah yang rosak.

“GiatMARA akan membantu melakukan kerja pendawaian semula melibatkan kira-kira 4,000 rumah di kawasan yang terlibat.

“Usaha ini mencerminkan pendekatan BN sebagai parti yang konsisten membantu rakyat tanpa mengira musim.

“Kalau ada banjir, ramai yang turun, tetapi BN akan tetap bersama rakyat selepas bencana berlaku.

“Skuad ini terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk ahli parti lain,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Bung Moktar Radin menyifatkan penubuhan skuad berkenaan sebagai langkah tepat memandangkan negeri ini sering berdepan bencana, khususnya antara September hingga Januari setiap tahun.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi