BN menang besar, rampas kembali kerusi Nenggiri

GUA MUSANG – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila berjaya menewaskan pihak lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri dengan majoriti 3,352 undi.

Keputusan itu menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) merampas kerusi disandang Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti yang lebih besar sekaligus membuktikan rakyat mahukan BN menerajui Nenggiri.

Azmawi yang meraih bilangan 9091 undi menewaskan pencabar tunggalnya, Mohd Rizwadi Ismail daripada PN yang mendapat 5,737 undi menjadikan 17 Pusat Daerah Mengundi (PDM) daripada 20 PDM dimenangi BN.

Keputusan rasmi PRK DUN Nenggiri diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nik Raisnan Daud di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, pada Sabtu malam.

Dalam pada itu, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK kali ini ialah 73.88 peratus.

Seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu dengan perjalanan proses pengundian dikendalikan 431 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK DUN Nenggiri hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azmawi mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon Bersatu, Mohd Rizwadi mewakili Perikatan Nasional (PN).

Related Posts

Kemunculan pertama Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN kurang meyakinkan – Pemerhati politik

KEMUNCULAN pertama Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam sidang media baru-baru ini disifatkan sebagai kurang meyakinkan. Pemerhati politik, Ahmad Mursi, menerusi kenyataan di Facebook…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KJ serah surat rayuan kembali bersama UMNO

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dipecat daripada parti secara rasmi telah menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO, pada Ahad. Surat permohonan tersebut diserahkan sendiri oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan