BN hormati autonomi UMNO Sabah, tolak kerjasama dengan GRS

KOTA KINABALU – Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disifatkan sebagai bukti kukuh bahawa UMNO Pusat menghormati autonomi UMNO Sabah.

Menurut Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, ia adalah pengiktirafan bahawa suara, maruah dan hak orang Sabah mesti ditentukan oleh UMNO Sabah sendiri.

Jelasnya, ‘Langkah Kinabalu’ bukanlah pengkhianatan sebaliknya satu ikhtiar bermaruah kerana melihat sendiri bagaimana kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor gagal, rapuh dan tidak berintegriti.

“Jangan cuba menuding jari kepada UMNO.

“Pengkhianatan sebenar bermula pada hari pertama jemaah menteri Sabah mengangkat sumpah di Istana Negeri.

“Hajiji menipu saya berhubung jawatan Menteri Kabinet dengan menukar jawatan yang telah dipersetujui bersama dengan jawatan lain tanpa pengetahuan UMNO Sabah. Di istana pun dia boleh menipu!” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Tambah Bung, GRS sejak awal sudah memperlihatkan wajah sebenar mereka dengan politik berasaskan muslihat dan penipuan.

 “UMNO Sabah tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan sebaliknya akan terus mempertahankan hak dan maruah rakyat Sabah melalui pendirian politik.

“Bagai musang berbulu ayam, berpura-pura setia tetapi hakikatnya rakus mencakar kuasa,” ujarnya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan