BN, GRS dijangka dominasi keputusan PRN17 Sabah

KOTA KINABALU – Tiada satu gabungan mahupun parti dijangka mampu memperoleh kemenangan dengan undi terbanyak dan majoriti dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, Sabtu ini.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Ismail Rakibe berpandangan, hanya Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka berpotensi besar mendahului pencabar lain.

Menurutnya, unjuran keputusan 18–18 antara GRS dan BN menunjukkan bahawa pengundi Sabah kini membuat pilihan berdasarkan isu semasa, pengalaman seharian dan penilaian terhadap calon, bukan lagi berdasarkan garis ideologi. 

“Baki 37 Dewan Undangan Negeri (DUN) lagi dimenangi masing-masing Warisan dengan 16 kerusi, Pakatan Harapan (PH) (14), Perikatan Nasional (PN) (3), serta parti-parti tempatan kecil lain dan calon bebas (4), sekali gus mewujudkan DUN dengan beberapa blok sederhana besar, namun tiada satu parti yang dominan.

“Pembentukan kerajaan Sabah selepas ini akan bergantung kepada rundingan antara parti, perbincangan antara blok utama, peranan blok pertengahan seperti Warisan dan PH, serta sokongan parti kecil yang berpotensi menjadi penentu dalam situasi DUN tergantung.

“Perikatan Nasional (PN) pula hebat dalam talian di Semenanjung, tapi di Sabah mesej mereka tidak kena dengan budaya dan kehendak tempatan. Warisan ada sokongan rakyat, tapi kurang aktif di media digital kerana kekangan sumber,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, kemunculan lebih 660,000 pengundi baharu dengan peningkatan hampir 60 peratus susulan pelaksanaan Undi18 dan Pendaftaran Pengundi Automatik menjadikan undi golongan itu sebagai blok penentu terbesar dalam memberi nilai tambah atau sebaliknya kepada semua calon.

“Kumpulan ini yang kini membentuk sekitar 30 peratus dari keseluruhan pengundi, tidak lagi setia kepada parti tradisional. Namun, peningkatan interaksi terhadap calon baharu dan lebih muda dalam BN memperlihatkan pergerakan yang lebih progresif ke arah
parti tersebut.

“Selari dengan kecenderungan belia yang menilai calon berdasarkan integriti, kebolehcapaian, penyelesaian isu-isu asas seperti air dan elektrik, serta gaya komunikasi yang lebih segar.

“Data digital menunjukkan BN dan GRS terus menjadi dua gabungan paling menonjol dalam kalangan generasi muda melalui platform seperti TikTok dan Instagram Reels,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, struktur perpecahan pelbagai parti memberi kelebihan kepada BN dengan mendapat manfaat daripada pecahan undi antara parti bukan BN dan momentum positif sepanjang kempen.

Beliau berpandangan, GRS juga mendapat kelebihan daripada perpecahan pelbagai parti kerana parti pemerintah itu menguasai hubungan pentadbiran dan jentera kerajaan di peringkat negeri.

“BN menunjukkan kebangkitan yang ketara walaupun berdepan kekangan sumber berbanding penyandang (GRS) berdasarkan faktor nostalgia politik dan kepimpinan simbolik.

“Sebahagian pengundi masih mengaitkan BN terutamanya era Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kestabilan ekonomi makro, tadbir urus yang konsisten dan boleh dipercayai serta agihan kebajikan yang meluas. Kenangan positif terhadap BN menjadi aset politik penting yang meningkatkan sokongan mereka di kawasan luar bandar dan separa bandar,” katanya

Sementara itu, Ismail memaklumkan, keputusan BN memperkenalkan kira-kira 80 peratus calon baharu dan lebih muda mengurangkan stigma legasi lama dan meletakkan parti itu boleh direformasi, selaras dengan kehendak pengundi muda dan pengundi atas pagar,” katanya.

Katanya, pemerhatian di lapangan kurang 48 jam terakhir menunjukkan GRS meningkatkan mobilisasi logistik secara ketara, selaras dengan corak penyandang yang mempunyai akses kepada sumber dan rangkaian sokongan politik yang kukuh.

“Bagaimanapun katanya, GRS berdepan dua kekangan utama termasuk isu integriti dan tadbir urus semakin mendapat perhatian di media digital. Ia melemahkan sokongan, terutamanya pengundi bandar, belia dan golongan yang mengutamakan pembaharuan dalam politik dan pentadbiran.

“Kekecewaan pengundi terhadap perkhidmatan awam khususnya bekalan air, kestabilan elektrik dan penyelenggaraan jalan kekal menjadi isu utama yang menjejaskan sokongan terhadap GRS,” katanya.

Related Posts

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara