BN akan bersama PH pada PRN17 Sabah

BARISAN Nasional (BN) memberi jaminan akan meneruskan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN) Sabah.

Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pendirian itu adalah jelas memandangkan BN dan PH ketika ini merupakan tunjang utama kepada Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan.

Beliau berpandangan, kedua-dua gabungan parti itu seharusnya bersama agar Sabah dapat menikmati pembangunan yang sama, seperti yang telah dilaksana Kerajaan Persekutuan di peringkat Semenanjung Malaysia.

“Kita tidak seharusnya berpisah di Sabah. Kita bersatu demi perpaduan, kestabilan dan pembangunan. Fokus kita ialah kepada negeri dan rakyat.

“Bukan kepada politiking yang tiada kesudahan. Kita menolak politik ekstrem yang memecahbelahkan rakyat,” katanya di platform media sosial Facebook miliknya, pada Ahad.

Namun, Salleh memaklumkan, kerjasama antara BN dan PH itu tidak bersifat eksklusif dan BN terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti tempatan yang mempunyai aspirasi yang sama.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata, apa yang paling penting, adalah keikhlasan dan kesediaan untuk bekerjasama dengan BN dan PH mesti sepakat dalam memilih rakan gabungan terbaik untuk Sabah.

“Sebarang pakatan politik yang mahu dibentuk itu perlu mengambil kira pengagihan kerusi yang adil dan saksama selain mengambil kira dasar bersama termasuk menghormati autonomi Sabah.

“Pada masa sama, akomodasi politik berasaskan saling menghormati, bukannya dominasi atau sikap `abang besar’.

“Setelah prinsip-prinsip ini dipersetujui, semua pihak mesti bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan. Ini bukan perjuangan peribadi, tetapi komitmen bersama demi masa depan Sabah,” katanya.

Related Posts

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

KINABATANGAN – Kerjasama antara calon dan jentera BN bagi Parlimen Kinabatangan serta DUN Lamag sentiasa berjalan dengan baik sejak Hari Penamaan Calon. Demikian ditegaskan Calon Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA