Bilik darjah IBS dibina bagi laksana dasar kemasukan murid enam tahun

IPOH – Susulan pelaksanaan dasar kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun 1 bermula tahun hadapan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membina bilik darjah tambahan menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) sebagai langkah jangka pendek bagi menampung pertambahan murid, khususnya di sekolah-sekolah padat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pendekatan itu diambil berikutan jangkaan berlakunya situasi ‘double cohort’ iaitu kemasukan serentak murid berusia enam dan tujuh tahun, yang berpotensi memberi tekanan kepada kapasiti sekolah tertentu.

Menurut beliau, tidak semua sekolah akan terkesan dengan pelaksanaan dasar tersebut, sebaliknya hanya institusi pendidikan yang dikenal pasti tidak mampu menampung pertambahan murid akan terlibat dengan pembinaan bilik darjah tambahan.

“KPM sedang meneliti tahap ketersediaan fasiliti bilik darjah di semua sekolah bagi mengenal pasti sekolah yang berisiko menghadapi kekurangan ruang.

“Selepas penilaian dibuat, barulah pendekatan pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan kaedah IBS akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena lawatan kerja ke Sekolah Menengah Yuk Choy (SUWA) di Jelapang, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Wong berkata, kaedah IBS membolehkan kemudahan bilik darjah tambahan disiapkan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding pembinaan secara konvensional.

“Pembinaan menggunakan IBS boleh disiapkan dalam tempoh sekitar empat hingga lima bulan selepas kelulusan diberikan, berbanding dua hingga tiga tahun melalui kaedah konvensional.

“Malah, kaedah ini telah digunakan sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, khususnya melibatkan sekolah-sekolah padat seperti di Cyberjaya, bagi memastikan keperluan bilik darjah dapat dipenuhi dengan segera,” jelasnya.

Tambah beliau, KPM turut memberi tumpuan kepada aspek perancangan operasi sekolah serta kesiapsiagaan guru bagi memastikan pelaksanaan dasar kemasukan murid enam tahun ke Tahun 1 dapat berjalan lancar.

  • Related Posts

    9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

    BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam menahan sebanyak 9,000 kilogram makanan haiwan yang tidak mempunyai permit sah dalam satu pemeriksaan di Kompleks ICQS…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

    PADANG BESAR – Hasrat sebuah keluarga untuk membawa pulang jemaah umrah, Halimah Ismail, 64, ke tanah air tidak kesampaian apabila warga emas itu meninggal dunia di Madinah semalam. Anak ketiganya,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

    PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

    BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

    BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

    9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

    9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

    Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

    Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

    Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

    Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

    PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

    PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan