Bertenang, pendekatan penting hadapi PRN17 – Masidi

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memilih untuk mengambil pendekatan bertenang dalam menghadapi situasi politik memandangkan pilihan raya adalah satu hal yang penting pada ketika ini.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Madisi Manjun berkata, pendekatan bertenang adalah kunci dalam membuat keputusan terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang tidak lama lagi berlangsung.

“Buat masa ini, biarlah kita bertenang dahulu. Pilihan raya itu penting.

“Semua ahli politik sedang membuat persiapan, tetapi keputusan yang lebih baik hanya dapat dibuat apabila kita dalam keadaan tenang,” ketika ditanya mengenai dua komponen parti yang keluar dari GRS dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Jesselton Docklands di sini pada Jumaat.

Jelasnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan sekiranya penyelesaian tidak ditemui ia berpunca daripada cara berfikir, bukannya kerana tidak mampu mencari penyelesaian sebenar.

Mengulas mengenai hubungan mereka dengan parti yang keluar gabungan, beliau berkata, persahabatan sesama mereka kekal utuh walaupun mempunyai perbezaan pandangan.

“Malah, dalam pertemuan kami masih berbual seperti sahabat. Kami akan terus berkawan, inilah yang perlu difahami oleh rakyat-rakyat Sabah walaupun tidak sependapat ia tidak bermakna kita harus bermusuhan,” jelasnya.

Pada Khamis, GRS mengesahkan bahawa dua komponen iaitu Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) sah tidak lagi bersama GRS selepas memutuskan untuk bertanding secara solo menggunakan logo masing-masing.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan