Bersidai di KLIA berhari-hari, modus operandi terbaru ‘counter setting’ – Imigresen

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen berjaya mengesan warga asing yang sengaja ‘bersidai’ di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertujuan mengelak pemeriksaan masuk ke dalam negara.

Menerusi video TikTok Imigresen KLIA, warga asing itu dilihat berada di ruang menunggu di terminal pelepasan, dipercayai menunggu ejen untuk membawa mereka masuk Malaysia.

Malah, ada yang dikatakan berada di kawasan berkenaan selama berhari-hari dan seakan-akan menyamar sebagai pengembara yang akan berlepas ke destinasi tertentu.

Menurut penerangan Timbalan Ketua Kawalan Operasi Terminal 1 KLIA, Suresh Nadarajan, warga asing itu sepatutnya terus ke kaunter pemeriksaan sejurus turun daripada pesawat.

“Tetapi apa yang berlaku, mereka berada di Starbuck, membeli sebotol air dan duduk beramai-ramai.

“Selepas kita buat pemeriksaan, kita bawa balik (tahan) mereka yang disyaki. Ada yang melakukan kesalahan di mana mereka cuba mengelakkan pemeriksaan.

“Sepatutnya mereka terus ke sini selepas turun pesawat. Selepas itu, kita akan memeriksa maklumat penerbangan dan visa mereka satu per satu. Selepas kita selesai, unit pemantauan akan mengesyorkan pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan mereka akan dihantar balik ke negara asal,” katanya dalam muat naik TikTok berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Imigresen menubuhkan pasukan pemantau bagi mengesan pengembara yang mengambil masa lama sebelum ke kaunter pemeriksaan agensi itu di KLIA, sekali gus berjaya mematahkan beberapa percubaan masuk ke Malaysia menggunakan kaedah ‘counter setting’.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pasukan berkenaan ditugaskan 24 jam memantau sekitar kawasan ketibaan penumpang dan akan memeriksa secara teliti warga asing, khususnya dari Bangladesh dan Myanmar yang kelihatan mencurigakan.

Beliau berkata, siasatan mendapati ada warga asing yang tidak ke kaunter pemeriksaan walaupun sudah lama tiba, sebenarnya menunggu isyarat sindiket ‘counter setting’, dan jika urusan kemasukan dikesan mencurigakan, mereka akan diusir keluar dari negara ini serta-merta.

NTL akan dikeluarkan serta-merta seperti satu kes sebelum ini, di mana jabatan itu pernah mengusir sekumpulan lebih 30 warga asing yang mahu masuk ke Malaysia selepas mendapati tiket penerbangan dan waktu ketibaan ke negara ini mencurigakan.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan