Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu menegaskan kepentingan memperkemaskan jentera parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, gerak kerja politik tidak boleh hanya digerakkan ketika musim pilihan raya, sebaliknya perlu bermula lebih awal melalui pendekatan turun padang dan usaha berterusan mendekati rakyat.

“Kerja kita bukan tunggu musim pilihan raya baru hendak nampak muka. Kita perlu bermula dari sekarang, santuni rakyat, dengar permasalahan mereka dan sampaikan mesej perjuangan dengan jelas,” katanya ketika merasmikan Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa serta Pejabat AMANAH kawasan Tebrau, di sini petang semalam.

Menurut beliau, kekuatan parti terletak kepada kesungguhan jentera di peringkat akar umbi yang sentiasa dekat dengan rakyat serta memahami denyut nadi masyarakat setempat.

Dalam masa sama, Mohamad Sabu turut mengingatkan bahawa perjuangan politik AMANAH berpaksikan kepada nilai Islam yang membawa mesej rahmah untuk semua, dengan penekanan kepada keadilan, kasih sayang dan kesederhanaan tanpa mengira latar belakang masyarakat.

“Kita membawa Islam sebagai rahmat untuk semua, yang menekankan keadilan, keseimbangan dan kasih sayang dalam pentadbiran serta kehidupan bermasyarakat,” jelas beliau.

Beliau turut menegaskan komitmen AMANAH untuk menawarkan pentadbiran yang bersih, berintegriti dan berpaksikan kepentingan rakyat, selain mengangkat budaya politik matang yang tidak bergantung kepada retorik semata-mata.

“Jika gerak kerja ini disusun dengan baik dan dilaksanakan secara konsisten, rakyat akan melihat AMANAH sebagai pilihan yang stabil dan boleh diharapkan untuk masa depan Johor,” katanya.

Sumber: FB Mohamad Sabu

Related Posts

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

JERANTUT – Semangat ahli dan kepimpinan UMNO peringkat Cawangan dalam Bahagian Jerantut, berada pada tahap tertinggi dalam usaha memulihkan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

JOHOR BAHRU – Kira-kira 60 peratus atau 6,009 daripada lebih 10,000 permohonan menyertai UMNO sebagai ahli baharu menerusi inisiatif Rumah Bangsa terdiri daripada golongan muda, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung