Bersatu sedia letak calon di Nenggiri

NIBONG TEBAL – Bersatu bersedia untuk meletakkan calon mewakili Perikatan  Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, ia berdasarkan keputusan yang dibuat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

“Ya kalau itu keputusan yang buat dulu, kerusi itu kerusi Bersatu.

“Bila mana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sudah buat keputusan untuk adakan pilihan raya, insya-Allah kita akan mulakan jentera untuk gerak kerja peringkat awal.

“Kerja-kerja lain kita akan susuli (seperti) kenal pasti calon yang paling sesuai daripada Bersatu dan menggerakkan gerak kerja yang tersusun di peringkat bawah,” katanya kepada media selepas program kempen di Kampung Kepala Gajah di Simpang Ampat pada Jumaat.

Terdahulu SPR menetapkan 3 Ogos depan bagi penamaan calon PRK DUN Nenggiri dan 17 Ogos sebagai hari mengundi.

Ia selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injuksi bekas Adun kawasan itu, Mohd Azizi Abu Naim bagi menangguhkan pengumuman tarikh PRK di situ.

Azizi memohon perintah sekatan sementara untuk mengekalkan status quo antara parti sementara menunggu keputusan tuntutan mahkamahnya mencabar kesahihan penamatan keahlian partinya dalam Bersatu, yang menyebabkan kerusi DUN Nenggiri di Kelantan kosong.

Azizi, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, antara tujuh wakil rakyat Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka kerana menyuarakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Selain Azizi, turut dipecat adalah Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Muhyiddin yang juga pengerusi PN menegaskan walaupun kerusi itu terletak Kelantan yang merupakan kubu kuatnya, PRK terbabit tidak boleh diambil mudah.

“Sebab ini adalah PRK dan pihak lain pun akan turun bekerja memenangkan calon mereka. Bagi kita, kita sudah bersedia,” katanya.

Related Posts

Akar umbi UMNO perlu kuasai media sosial, mahir AI

KUANTAN – Penguasaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) menjadi antara faktor terpenting menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, semua ahli UMNO perlu mempelajari dan menguasai kemahiran baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda