Bersatu makin hilang jati diri – Mahathir Rais

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan, Dr Mahathir Mohd Rais mendakwa parti itu ‘dibelenggu individu yang mengutamakan agenda peribadi’ berbanding prinsip penubuhan parti.

Beliau juga mendakwa beberapa bekas ahli UMNO yang masih setia kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menyertai Bersatu telah berusaha melemahkan nilai yang pernah diperjuangkan parti itu.

“Mempertahankan rasuah, menulis semula sejarah dan membenarkan jenayah lampau adalah realiti baharu dalam Bersatu.

“Saya tidak meninggalkan Bersatu kerana saya hilang kepercayaan dalam perjuangan, saya pergi kerana perjuangan tidak lagi wujud.

“Jika hanya mengenai kedudukan, saya tidak akan meninggalkan parti ini yang saya bantu bina dan pertahankan walaupun saya disiasat kerana lantang bersuara pada 2017.

“Tetapi apabila parti yang pernah berintegriti mula membenarkan rasuah, apa yang tinggal untuk diperjuangkan?” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mahathir pada 11 Januari lalu dilaporkan mengumumkan keluar daripada parti itu setelah meletakkan semua jawatan termasuk di dalam Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi satu surat diutuskan kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Radzi Md Jidin, Mahathir menyatakan hasrat peletakan jawatan tersebut namun tidak memperjelaskan alasan keputusan itu dibuat.

Beliau turut menasihatkan PN supaya mengikuti cara yang betul iaitu perlu menang sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu membentuk kerajaan.

“Pembangkang mesti faham bahawa demokrasi bermakna menerima keputusan pilihan raya. Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri dan melainkan perubahan berlaku melalui proses yang sah, tumpuan harus diberikan kepada tadbir urus, bukan sabotaj.

“Di bawah kepimpinannya, Malaysia mencapai kemajuan yang ketara iaitu penstabilan ringgit, keyakinan pelabur meningkat dan syarikat global mengiktiraf negara sebagai hab ekonomi utama.

“Kerajaan yang kukuh dan berwibawa menarik pertumbuhan, bukan ketidakstabilan.

“Dengan dasar yang jelas dan visi jangka panjang, Anwar meletakkan asas bagi daya tahan ekonomi dan kemajuan negara. Perubahan sebenar datang daripada membina keyakinan, bukan gangguan,” ujarnya.

Mahathir turut menegaskan bahawa Malaysia tidak lagi mampu menerima ‘kerajaan pintu belakang’ yang lain, apatah lagi rakyat juga sudah bosan dengan ketidakstabilan.

“Jika pembangkang percaya Anwar gagal, biarlah dia gagal dengan caranya sendiri. Rakyat akan menilai kepimpinan beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.

“Sehingga itu, peranan pembangkang adalah menyediakan penyelesaian, bukan sentiasa merancang pengambilalihan seterusnya.

“Pada ketika ini, apakah rancangan sebenar? Jika kuasa adalah satu-satunya matlamat, maka Malaysia sedang menuju ke arah yang berbahaya. Kerajaan yang dibentuk tanpa hala tuju yang jelas tidak akan kekal, sejarah telah membuktikannya,” tambahnya lagi.

Related Posts

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

PUTRAJAYA – Bersatu dijangka akan menggunakan taktik baharu untuk memecah-belahkan Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMANAH Johor bersiap hadapi PRN, setuju tangguh jika perlu

Oleh: Alif Abd Aziz JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN), meskipun menyambut baik cadangan penangguhan pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang