Berkempenlah cara Johor – MB

KLUANG – Semua pihak termasuklah penyokong serta pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini, diminta untuk berwaspada dan menjaga tingkah laku sepanjang proses kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) berlangsung.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dalam keghairahan berkempen, semua pihak tanpa mengira ideologi politik masing-masing perlu memelihara perpaduan dan keharmonian di negeri ini.

Mengambil contoh situasi yang berlaku pada PRK DUN Simpang Jeram dan DUN Pulai pada tahun lalu, Onn Hafiz yang juga pengarah PRK Barisan Nasional (BN) pada kali ini akui berpuas hati dengan kelancaran semua pihak sama ada di barisan kerajaan mahupun sebaliknya.

“Saya selaku Menteri Besar ketika itu melihat PRK di dua DUN berkenaan berlangsung dengan sangat harmoni tanpa wujudnya isu perkauman, isu kaum agama dan sebagainya.

“Malah, saya tak lihat pelbagai hasutan pun dibuat. Semua berjaya menjaga disiplin dan kehormatan sepanjang kempen. Itu yang kita harapkan pada PRK kali ini.

“Kekalkan situasi tersebut, maintain Johore style,” katanya dalam sidang media sempena Hari Penamaan Calon bagi PRK DUN Mahkota N29, di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini, hari ini.

Tambah Onn Hafiz, perkara ini perlulah dijaga dan diberikan perhatian ekoran perjalanan PRK hanya mengambil masa dua minggu.

“Selesai PRK, kita di peringkat rakyat akan kembali semula ke rutin asal. Cari nafkah, cari rezeki, nak bangunkan ekonomi.

“Jangan jadikan situasi ini berpanjangan dan berlarutan sehingga memberikan kesan kepada perjalanan kita selepas ini,” katanya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat