Berjasa nafi Hamzah bakal ambil alih parti

PUTRAJAYA – Parti Berjasa menafikan dakwaan kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpotensi mengambil alih parti itu susulan pemecatannya daripada parti Bersatu.

Ketua Penerangannya, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, parti itu kekal utuh di bawah kepimpinan Majlis Kepimpinan Tertinggi yang dipilih dan dilantik secara sah menurut Perlembagaan parti.

Menurutnya, tiada sebarang perbincangan rasmi atau pertemuan khusus berhubung dakwaan berkenaan setakat ini.

“Namun demikian, Berjasa sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi memperkukuh agenda kesatuan dan penyatuan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bekas Ketua Sayap Bersatu, Datuk Dr Chong Fatt Full menjangkakan Hamzah berpotensi mengambil alih Berjasa sebagai wadah politik baharu.

Katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan situasi politik semasa yang tidak memberi banyak ruang kepada Hamzah untuk menubuhkan parti baharu, terutama ketika negara menghampiri siri Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum.

Related Posts

Pahala ditentukan iman dan niat, bukan parti

PAHALA sesuatu amalan tidak ditentukan oleh keahlian parti politik, sebaliknya bergantung kepada iman, niat dan amal seseorang, kata pemerhati politik, Ahmad Mursi. Beliau berkata, ganjaran di sisi Allah SWT tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu Perlis pilih berkecuali, enggan berpihak dalam kemelut pusat

KANGAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis mengambil pendirian berkecuali dan enggan berpihak kepada mana-mana kem susulan kemelut yang melanda parti itu di peringkat pusat. Pengerusinya, Abu Bakar Hamzah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perarakan lori singa satukan masyarakat Sandakan

  • By Fandi
  • February 16, 2026
Perarakan lori singa satukan masyarakat Sandakan

Perak lancar jualan ikan murah untuk rakyat

Perak lancar jualan ikan murah untuk rakyat

NGO tuntut SPRM bongkar projek NTER di bawah kelolaan Rafizi

NGO tuntut SPRM bongkar projek NTER di bawah kelolaan Rafizi

Tesla hilang kawalan langgar tiga kenderaan

Tesla hilang kawalan langgar tiga kenderaan

21 lokasi, 1,531 gerai Bazar Ramadan di Ipoh

21 lokasi, 1,531 gerai Bazar Ramadan di Ipoh

Lapangan terbang Pengkalan Chepa beroperasi penuh awal Mac

Lapangan terbang Pengkalan Chepa beroperasi penuh awal Mac