Beri mandat pada GRS demi kesejahteraan, kestabilan Sabah

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah diseru agar terus memberikan mandat yang kukuh kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah demi kestabilan dan kemajuan negeri ini.

Seruan itu dibuat Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin yang menjadi ruang kepada rakyat menggunakan hak demokrasi masing-masing.

“Hanya dengan kestabilan politik dan kesinambungan dasar yang terbukti berkesan, kita dapat memastikan pembangunan yang dirancang terus berjalan demi kemajuan rakyat dan negeri Sabah yang kita cintai,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Nizam, sejak diberi mandat pada PRN16, GRS membuktikan keupayaan mentadbir dengan penuh tanggungjawab sekali gus berjaya meletakkan asas kukuh melalui pelaksanaan Dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menumpukan kepada pembangunan seimbang antara kemajuan ekonomi, kebajikan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

“Kita telah melihat pertumbuhan pelaburan baharu dalam sektor tenaga hijau, pelancongan, pertanian serta perusahaan kecil dan sederhana, membuka peluang pekerjaan dan menggerakkan ekonomi rakyat.

“Pada masa yang sama, pelbagai inisiatif sosial dan kebajikan telah dilaksanakan, termasuk pembinaan Rumah Mesra SMJ untuk golongan B40 dan pasangan muda, peningkatan kemudahan asas di luar bandar serta penambahbaikan dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

“Hubungan harmoni antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan turut memastikan lebih banyak peruntukan disalurkan ke Sabah bagi pembangunan jangka panjang,” ujarnya.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik