Berhenti sekolah kerana buli, bakal jadi pelajar GiatMARA

NASIB remaja perempuan berusia 17 tahun yang pernah menjadi mangsa buli mendapat perhatian Majlis Amanah Rakyat (MARA) apabila ditawarkan peluang menyambung pelajaran di GiatMARA Muar dalam bidang kulinari.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya terpanggil membantu susulan kisah remaja itu tular di media sosial hasil perkongsian seorang pemuda yang mendapati remaja dikenali Syafikah itu membantu ibunya berniaga sarapan pagi di warung kecil di Tangkak, Johor.

“Isu buli bukan perkara kecil dan tidak normal. Ia boleh mematahkan semangat serta menghancurkan masa depan anak bangsa.

“Kisah adik Syafikah ini mengingatkan kita bahawa setiap anak berhak diberi peluang kedua. Dengan kasih masyarakat dan peluang pendidikan, dia mampu bangkit sebagai insan berjaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dr Asyraf menambah, hasil koordinasi bersama GiatMARA Johor dan pemimpin komuniti setempat, Syafikah akan memulakan latihan dalam bidang kulinari yang menjadi minatnya sejak kecil.

Jelasnya, MARA akan menanggung semua kos pengajian termasuk elaun bulanan, keperluan asas dan bantuan penginapan hasil kerjasama Persatuan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS) daerah Ledang.

Sebelum ini, Syafikah dilaporkan berhenti sekolah tahun lalu selepas dibuli secara mental dan fizikal sejak tingkatan satu. Dia mendakwa tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada pihak sekolah dan akhirnya hilang semangat untuk belajar.

Kini, remaja itu membantu ibunya berniaga, sementara bapanya yang kehilangan sebelah kaki tidak dapat bekerja tetap.

“Alhamdulillah, sinergi bersama pemimpin komuniti setempat dan pihak GiatMARA Johor berjaya membuka jalan baharu buat Syafiqah.

“Saya sering tekankan bahawa hanya ilmu mampu mengubah kehidupan seseorang,” katanya yang turut menasihati Syafikah agar terus menjaga solat dan memperkukuh hubungan dengan Allah SWT.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16