Bergaduh guna parang di tempat awam, lelaki dicekup polis

BETONG – Padah bergaduh menggunakan senjata tajam di tempat awam, seorang lelaki ditahan polis selepas video insiden itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan polis di Jalan Betong pada jam 4.30 petang.

Menurutnya, tangkapan dibuat susulan penularan satu rakaman video berdurasi 41 saat yang memaparkan dua lelaki bergaduh menggunakan parang di kawasan Pasar Medan, di sini.

“Semasa pemeriksaan ke atas kenderaan suspek, polis menemui dan merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, selain mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, suspek kini direman selama empat hari sehingga 17 Januari depan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Dalam pada itu, beliau menegaskan usaha mengesan seorang lagi suspek yang terlibat dalam pergaduhan tersebut sedang giat dijalankan.

“Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan jenayah yang menggugat ketenteraman awam. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat,” ujarnya.

Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Charles Kiroh di talian 013-6962702.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎