‘Beregu’ BN menang bergaya PRK Kinabatangan dan Lamag

KINABATANGAN – Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag selepas calonnya Mohd Kurniawan Naim Moktar dan Mohd Ismail Ayob (Miha) masing-masing diumumkan menang bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) terbabit.

Menerusi keputusan jumlah undi yang selesai diumum Pegawai Pengurus Pilihaan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah pukul 10.54 di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) Dewan Sri Lamag, Naim yang juga Ketua Pemuda Kinabatangan itu memperoleh 19,852 undi dengan majoriti 14,214.

Dua pencabar beliau, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas) masing-masing memperoleh 5,638 undi dan 946 undi.

Manakala Miha menang dengan 7,269 undi dan majoriti sebanyak 5,681 mengalahkan Mazliwati Abdul Malek (Warisan) dengan 1,588 undi sebaik keputusan diumum pukul 10.15 malam.

Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.

Pencalonan Naim dalam arena politik disifatkan sebagai usaha meneruskan legasi perjuangan ayahnya yang sebelum ini dikenali sebagai tokoh berkhidmat kepada masyarakat setempat sekali gus mengekalkan kerusi milik BN.

Sementara pencalonan Miha menarik perhatian apabila latar belakangnya yang pernah terlibat dengan beberapa parti politik selain pernah menyaingi Allayarham Bung pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu bagi DUN Lamag namun tewas majoriti 153 undi.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan