Beluran, Sandakan diisytihar bencana banjir

SANDAKAN – Beluran dan Sandakan diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir susulan hujan lebat yang berterusan sejak semalam, menyebabkan paras air meningkat ke tahap bahaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beluran, Roger Appolonius berkata, pengisytiharan bencana banjir dibuat pada pukul 11 malam Rabu, melibatkan Kampung Sungai Nangka dan Kg Balaban.

“Berdasarkan laporan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD bencana banjir telah berlaku di kedua-dua kampung tersebut.

“Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Kg Sungai Nangka dan Kg Balaban,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Pengerusi JPBD Sandakan, Walter Kenson berkata, kawasan yang terlibat di Sandakan dengan bencana banjir adalah Kg Sungai Memanjang dan Kg Pertanian sejak petang Rabu.

“Pengisytiharan bencana banjir di daerah itu dibuat pada pukul 6 pagi tadi (Khamis).

“Dua PPS turut dibuka di Masjid Nur Iman, Kampung Sungai Memanjang dan Masjid Nur Hidayah, Kg Garinono Batu 25, Sandakan,” katanya.

Selain bencana banjir, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengesahkan kejadian tanah runtuh di Taman Sentosa, Sandakan pada pukul 9 pagi tadi.

Terdahulu, turut dilaporkan kejadian pokok tumbang yang menghalang jalan di Jalan Cecily Sandakan sekitar pukul 1.42 pagi.

Namun, jalan tersebut kini boleh dilalui setelah pokok tumbang tersebut berjaya dipotong dan dibersihkan oleh anggota APM Sandakan.

Related Posts

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

BETONG – Masjid baharu di daerah kecil Debak kini rasmi dikenali sebagai Masjid Al-Azim selepas dimasyhurkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg pada Jumaat. Majlis perasmian itu menandakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara