Belum sampai masa Slot turunkan Isak

BEKAS bintang England, Wayne Rooney menggesa Arne Slot menyisihkan pemain rekod British, Alexander Isak selepas kekalahan mengejut 1-2 Liverpool kepada Manchester United di Anfield.

Kekalahan skuad kendalian Slot itu adalah kali keempat berturut-turut dalam semua pertandingan dengan Harry Maguire menjadi wira United apabila menjaringkan gol pada minit ke-84 — kemenangan pertama United di Anfield dalam tempoh lebih sedekad.

Isak, yang menyertai Liverpool dengan rekod yuran perpindahan £125 juta (RM710 juta) dari Newcastle United musim panas lalu, membuat penampilan ketiga dalam kesebelasan utama.

Namun dia terus gagal menjaringkan gol dan bergelut untuk menunjukkan prestasi meyakinkan di hadapan gawang.

Pemain antarabangsa Sweden itu masih belum menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan liga untuk Liverpool, walaupun pernah menyumbang gol dalam saingan Piala Liga.

Rooney yang juga legenda United, menggesa Slot menyisihkan Isak, dengan alasan pemain itu masih bergelut kerana tidak menjalani pramusim penuh.

Sebelum memaksa perpindahan dramatiknya ke Anfield pada hari terakhir jendela perpindahan, Isak dilaporkan enggan berlatih bersama Newcastle United dan hanya meningkatkan tahap kecergasannya secara individu, jauh daripada kumpulan utama kendalian Eddie Howe.

“Saya tidak akan menurunkan Isak. Dia belum kelihatan bersedia sejak datang dari Newcastle,” kata Rooney dalam rancangan The Wayne Rooney Show.

“Dia tidak berlatih, tidak ada pramusim — itu sangat penting. Semasa pemain Newcastle lain sedang berlatih, dia mungkin duduk di rumah bercakap dengan ejennya selama enam jam sehari untuk urus perpindahan.

“Sangat sukar bermain tanpa pramusim. Dia mungkin ada berlatih sendiri, tetapi kini menanggung akibatnya. Berdasarkan prestasi semasa, dia tidak layak bermain menggantikan Hugo Ekitike,” kata Rooney.

Related Posts

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

ARSENAL mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas jaringan Bukayo Saka memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, awal pagi tadi. Skuad kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

PEP Guardiola mengakui perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini bukan lagi dalam kawalan Manchester City selepas seri 3-3 dengan Everton, awal pagi tadi. “Sekarang ia bukan lagi di tangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan