Belanjawan 2025 tumpu usaha kurangkan kos sara hidup – PM

BELANJAWAN 2025 perlu menumpukan kepada usaha menangani kos sara hidup, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang masih terkesan dengan masalah kos sara hidup, lapor Harian Metro.

“Satu hal yang sangat memprihatinkan ialah soal kebimbangan rakyat kerana masih berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat.

“Jadi saya minta dalam belanjawan ini, selain daripada isu yang kita bincangkan, kita usahakan juga masalah kartel, monopoli dan punca kenapa harga barang naik,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan, hari ini.

Anwar berkata, Kementerian Kewangan sebagai perancang utama harus memikirkan menerusi usaha rentas kementerian dan mencari kaedah serta jalan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Katanya, kos sara hidup yang meningkat itu antara lain disebabkan oleh masalah ketirisan, rasuah, seludup dan kartel.

“Saya tidak menafikan (kos sara hidup meningkat) walaupun saya boleh sebut gula kita, minyak paling murah, tepung paling murah, tapi bagi rakyat Malaysia masih rasa terbeban dan mereka tidak membandingkannya dengan Singapura atau Indonesia.

“Sama juga dari segi baja, benih dan semuanya harus kita tangani di mana Kementerian Kewangan terutama perancang (perlu) memikirkan rentas kementerian,” katanya.

Related Posts

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang keputusan unilateral boleh dibuat berhubung Selat Melaka, sambil menekankan pendekatan berasaskan konsensus ASEAN dalam mengekalkan keselamatan maritim di laluan air tersebut. Menteri Luar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane