Belanjawan 2025: Malaysia kompeten hadapi negara menua 2030

KERAJAAN Madani memperlihatkan komitmen untuk menjaga kebajikan warga emas serta bersiap sedia menghadapi realiti Malaysia yang menuju status negara menua menjelang 2030 kelak.

Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan peruntukan kebajikan ditingkatkan mencecah RM1 bilion untuk golongan warga emas.

Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, usaha kerajaan terdapat peruntukan signifikan buat warga emas.

Awang Azman berkata, ia bertujuan memperkukuh jaringan sokongan untuk warga emas, termasuk dalam aspek penjagaan kesihatan, sokongan sosial, serta kesejahteraan ekonomi.

“Bagi peruntukan untuk penjagaan kesihatan warga emas, dengan bilangan golongan yang semakin meningkat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya memperbaiki akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan menyeluruh.

“Peruntukan tambahan untuk kemudahan kesihatan dan program saringan kesihatan percuma adalah langkah penting untuk mencegah penyakit tidak berjangkit yang sering menjejaskan golongan ini,” katanya kepada The Malaysia Press pada Sabtu.

Pengumuman itu meliputi bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga mempelbagaikan akses buat warga emas disamping memberikan jaminan kewangan menerusi skim pencen serta kemudahan penjagaan bagi membantu keluarga yang menjaga mereka.

“Bagi sokongan sosial dan ekonomi belanjawan, mencerminkan usaha kerajaan untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial bagi warga emas, seperti bantuan kewangan dan program sokongan komuniti.

“Bantuan seperti skim pencen yang ditambah baik serta kemudahan perumahan dan penjagaan khusus untuk warga emas juga membantu meringankan beban keluarga yang menjaga mereka,” katanya.

Ahli keluarga yang menjaga golongan warga emas layak mendapar pelepasan cukai yang akan disemak semula seperti pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa diperluas untuk meliputi kos pemvaksinan, cukai perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan diperluas kepada ibu bapa.

Selain itu, cukai perbelanjaan rawatan perubatan bagi ibu bapa turut merangkumi datuk dan nenek dan potongan cukai tambahan bagi majikan yang membayar elaun penjagaan anak turut diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek.

Tambahnya, langkah-langkah yang dibentangkan turut merangkumi pelan jangka panjang bagi meningkatkan integrasi warga emas dalam masyarakat.

Justeru, perkara ini termasuk inisiatif untuk menggalakkan penuaan aktif dengan menyediakan peluang latihan vokasional dan pekerjaan bagi mereka yang masih mampu bekerja.

“Ini sejajar dengan keperluan untuk mengekalkan produktiviti dan mengurangkan beban kepada sistem sokongan negara.

“Secara keseluruhannya, belanjawan ini mencerminkan pandangan strategik dan bersepadu terhadap masalah penuaan penduduk, dengan menitikberatkan bukan sahaja kebajikan fizikal warga emas tetapi juga penglibatan mereka dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

“Langkah-langkah ini penting untuk memastikan Malaysia bersedia menghadapi status negara menua tanpa mengabaikan kesejahteraan golongan warga emas yang semakin besar peranannya dalam masyarakat,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam