Bekas pengurus besar mengaku salah guna kuasa, ambil anak dalam pengisian jawatan

MELAKA – Bekas Pengurus Besar Syarikat Panorama Melaka Sdn Bhd didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, tadi, atas kesalahan menggunakan jawatannya bagi memilih anak perempuan sebagai Penolong Pegawai Sumber Manusia (PSM) di syarikat itu enam tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim Elesabet Paya Wan selepas menerima pengakuan tertuduh, Abu Bakar Jani, 64, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal berbuat demikian, walaubagaimanapun tertuduh telah membayar wang denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pilihan, Abu Bakar didakwa membuat urusan berhubung suatu harta iaitu bayaran gaji keseluruhan berjumlah RM31,200 yang diterima anaknya berikutan dilantik ke jawatan berkenaan yang merupakan anak Syarikat kepada Kerajaan Negeri Melaka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di syarikat tersebut yang beralamat di Lot 19B &19C Zone B, Bangunan Terminal Melaka Sentral, Jalan Tun Abdul Razak, dekat sini, pada 27 Disember 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fatin Nur Athirah Zainudin manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork.

Pada 16 Februari lalu, tertuduh minta dibicarakan terhadap tuduhan utama mengikut Seksyen 23(1) ASPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi

Sementara itu, Azrol memohon hukuman denda minimum kerana pengakuan tertuduh menjimatkan masa dan kos mahkamah, sekali gus menunjukkan keinsafannya yang bertekad tidak mengulangi kesalahan.

“Tertuduh penghidap kencing manis, tidak bekerja dan hanya membantu iparnya berniaga warung goreng pisang.

“Isterinya suri rumah dan penghidap darah tinggi selain menanggung dua anak yang masih belajar di universiti,” katanya.

Related Posts

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi