Bekas pengarah syarikat seleweng duit bayar bonus untuk diri sendiri

PUTRAJAYA – Dua bekas pengarah syarikat didenda RM100,000 setiap orang selepas mengaku bersalah menggunakan wang syarikat RM200,000 sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan mesyuarat agung.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Teo Tzi Sin dan Wong Poh Wah, dituduh mengikut Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan kedudukan sebagai pengarah syarikat untuk manfaat diri sendiri.

Sebelum ini, Tzi Sin dan Poh Wah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Bagaimanapun, pada 13 Disember lalu, kedua-dua tertuduh menukar pengakuan mereka kepada bersalah dan Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan 20 Disember 2024 untuk pembacaan fakta kes dan hukuman.

Kedua-dua tertuduh dikenakan denda sebanyak RM100,000 setiap seorang dan jika gagal bayar, boleh dihukum penjara enam bulan.

Kedua-dua tertuduh menjelaskan bayaran denda sebaik prosiding selesai pada 20 Disember lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SSM, Nurul ‘Ain Shafie dan Nurul Nabila Azmi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ong Weng Li.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh dikatakan menggunakan wang syarikat sebanyak RM200,000 sebagai pembayaran bonus kepada diri mereka sendiri tanpa kelulusan mesyuarat agung.

Pembayaran bonus itu dibuat bersekali dengan pembayaran gaji mereka pada 30 Januari 2018.

Related Posts

RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Mufti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan