Bekas pemandu komuter didakwa samun rantai tangan

PADANG BESAR – Seorang bekas pemandu komuter didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita bersenjata pisau di sebuah perpustakaan di Padang Besar baru-baru ini.

Tertuduh, Muhammad Hafiz Ruslan, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak rantai tangan milik seoramh wanita berusia 40 tahun dengan bersenjatakan pisau di Perpustakaan Desa, Kampung Tersusun, Padang Besar pada pukul 9.40 pagi, 27 Februari lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM15,000, selain memohon satu tarikh bagi sebutan semula kes.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian, dalam hujah balasnya memohon jumlah jaminan minimum dengan alasan anak guamnya tidak berisiko melarikan diri dan menghidap penyakit asma.

Beliau menyatakan bahawa anak guamnya juga merupakan penyara utama keluarga termasuk isteri yang tidak bekerja, dua anak serta ibu kandungnya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta diarahkan melapor diri di balai polis setiap bulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 7 April depan, dan tertuduh membayar wang jamin seperti yang diarahkan mahkamah.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan