Bekas MP Silam meninggal dunia

BEKAS Ahli Parlimen Silam, Datuk Salleh Kalbi meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, Sabah, pada jam 4.40 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru pada usia 61 tahun.

Menurut isteri beliau, Datin Fatmah Abdul Aziz ketika dihubungi Awani, Allahyarham menjalani rawatan di hospital lebih dua minggu lalu.

“Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Firdaus Kampung Sapagaya, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam di Kampung Terusan selepas solat Zohor hari ini,” katanya.

Allahyarham adalah wakil rakyat Barisan Nasional untuk Parlimen Silam (kini Parlimen Lahad Datu) mewakili Kawasan Dewan Undangan Negeri Tungku, Lahad Datu dan Kunak pada tahun 2008 hingga 2013.

Allahyarham terkenal dengan sifat rendah diri dan mudah didekati rakyat, malah sehingga sebelum akhir hayat beliau masih meneruskan perjuangan membela rakyat di Lahad Datu melalui PKR.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua orang anak perempuan, Amirah Mahfuzah Syopieah dan Amera Elezadiba Syalesiah.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM