Bekas kakitangan syarikat media mengaku bersalah buat hantaran jelik di Facebook

IPOH – Seorang bekas kakitangan sebuah syarikat media tempatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Selasa, atas pertuduhan membuat hantaran jelik di Facebook Februari lalu.

Tertuduh, Arif Zulkarnain Ameer Mohd Imam, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, Arif Zulkarnain secara sedar membuat hantaran jelik di ruangan komen sebuah artikel Harian Metro, yang disifatkan boleh menyakitkan hati orang lain.

Artikel terbabit bertajuk ‘Khatib enggan baca teks khutbah disediakan keterlaluan, jangan di biarkan – Sultan Nazrin’.

Antara kenyataan yang dimuat naik ialah: “Bila si fasik berkata-kata dan beri nasihat kepada imam-imam dan guru agama. Dah jauh hanyut nampak depan mata, sungguh meloyakan. Teks yang boleh buat jemaah tidur lena bila dengar.”

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Boleh juga didenda RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani dan Nurul Hidayu Zakaria mengendalikan pendakwaan, manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, M Saravanan mewakili tertuduh.

Peguam memohon diberi tempoh untuk menyediakan dana bagi membayar denda, sambil menyatakan anak guamnya diberhentikan kerja sebagai pegawai teknologi maklumat.

Tertuduh juga meminta maaf kepada semua kerabat Sultan Perak dan rakyat negeri itu atas kesalahan yang dilakukan.

Hakim kemudian membenarkan Arif Zulkarnain diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat melapor diri di balai polis dan menyerahkan pasport sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 30 Julai untuk jatuh hukum.

Related Posts

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

TAWAU – Seorang guru pelatih wanita maut selepas motokar yang dipandu terbabas sendiri dalam insiden kemalangan di Batu 11 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Dalam kejadian kira-kira pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter