Bekas ADUN Ladang meninggal dunia

KUALA TERENGGANU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Roslan Awang Chik, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pagi tadi.

Anak lelakinya, Fadhlan Roslan, 44, berkata, Allahyarham bapanya, 73, yang mengalami penyakit strok meninggal dunia di sisi beberapa ahli keluarganya pada jam 2.51 pagi.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman di Batu Buruk, sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang).

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim, Ladang, selepas solat Zohor.

“Arwah turut mengidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu dan sedang menjalani rawatan kemoterapi di HSNZ,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Allahyarham meninggalkan balu, Faziah Mohamad, 70, dan lima anak.

Roslan sebelum ini pernah menyandang jawatan ADUN Ladang selama satu penggal bermula 1995 hingga 1999.

Selain itu, Roslan juga pernah memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu dan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Terengganu.

Related Posts

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan serta rakan industri bagi memastikan pelaksanaan pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang kukuh dan mampan serta memberi impak nyata kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit