Bekas ADUN Gum-Gum santuni penduduk melalui Program Ramah Mesra

SANDAKAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd Edris terus mendekati masyarakat setempat apabila menyempurnakan Program Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Bakul Makanan di Kampung Sungai Tendok Kecil, Batu 19, Gum-Gum, di sini pada Khamis.

Dalam program itu, beliau menyampaikan bantuan barangan keperluan asas kepada keluarga asnaf terpilih bagi meringankan beban kehidupan seharian mereka.

Menurut Zakaria, usaha kebajikan seumpama itu wajar diteruskan secara berterusan agar tiada golongan yang tercicir daripada menerima perhatian dan sokongan.

“Kita mahu pastikan tidak ada keluarga yang terpinggir, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

“Kerjasama antara kerajaan dan masyarakat amat penting untuk memastikan golongan ini terus dibela,” ujarnya.

Katanya lagi, inisiatif sebegini bukan sahaja membantu meringankan beban keluarga penerima, malah mampu mengeratkan hubungan antara pemimpin dan penduduk setempat, sekali gus mewujudkan suasana harmoni dalam komuniti.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi