Bekalan beras negara cukup lebih lima bulan jika hadapi bencana

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan stok fizikal beras negara ketika ini mampu menampung keperluan domestik selama 5.45 bulan sekiranya berlaku bencana.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sehingga 3 Februari lalu, jumlah keseluruhan stok beras direkodkan sebanyak 1,089,285 tan dan daripada jumlah itu, 200,000 tan merupakan stok penimbal manakala 889,285 tan ialah stok dagangan.

Beliau berkata, sebagai langkah kesiapsiagaan jangka panjang, kementerian melaksanakan Projek Rintis Penanaman Padi Lima Musim dalam tempoh dua tahun bagi memperkukuh tahap sara diri makanan negara.

Menurutnya, projek berkenaan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan keluasan 3,000 hektar di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bermula tahun 2024.

“KPKM juga memperkasa industri lembu pedaging, bertujuan biak baka menerusi Program Peningkatan Ruminan dan Program Pembiakbakaan Ternakan Ruminan melalui teknologi pembiakan berbantu bagi meningkatkan populasi induk pembiak berkualiti dalam negara.

“Selain itu, hasil lembu pedaging ditingkatkan melalui Program Insentif Galakan Peningkatan Produktiviti Lembu Pedaging ke arah purata kadar kelahiran nasional 60 peratus.

“Kita juga mengeratkan hubungan dengan negara pembekal bahan makanan utama seperti negara ASEAN, China, India, Pakistan, Brazil, Australia, New Zealand dan negara sahabat lain,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Zakri Hassan (PN-Kangar) berhubung langkah kementerian memastikan kesinambungan bekalan makanan negara ketika berlakunya bencana seperti banjir dan perubahan iklim yang menjejaskan hasil pertanian.

Mohamad berkata, kementerian turut memperluas Sistem Amaran Awal bagi menangani ancaman perosak seperti bena perang serta memperkukuh pemantauan cuaca melalui kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Selain itu, memperkukuh Pelan Pembangunan Baka dan Benih Akuakultur bagi menghasilkan benih dan induk berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim melalui Program Nucleus Breeding Centre (NBC) serta Broodstock Multiplier Centre (BMC),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan seramai 265 pesawah di Perlis terjejas akibat banjir pada November lalu membabitkan keluasan sawah musnah 333.82 hektar bagi tanaman padi berusia bawah 70 hari.

Katanya, cadangan bantuan berjumlah RM292,426.32 akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) yang dijadualkan bersidang pada 6 Mac bagi tujuan kelulusan.

Selain itu, kira-kira 300 hektar sawah di Perlis dilaporkan terjejas akibat kemarau pada awal Februari lalu dan siasatan lapangan sedang dijalankan oleh Jabatan Pertanian negeri.

“Data lengkap akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal (Ibu Pejabat Jabatan Pertanian) sejurus penilaian terperinci di lapangan selesai.

“Bagi kejadian bencana pada akhir November hingga Disember lalu, permohonan pertimbangan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk TBTP dengan anggaran permohonan bantuan bernilai RM2.27 juta.

“Ini membabitkan seramai 1,163 pesawah di lapan negeri dengan keluasan musnah sebanyak 1,690.06 hektar. Negeri berkenaan ialah Kedah, Pulau Pinang, Perlis Pahang, Kelantan,Terengganu, Perak dan Sarawak,” katanya

Related Posts

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh institusi pencegahan rasuah, khususnya dalam keadaan semasa yang menuntut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎