Beg ‘tak bertuan’ mengandungi dadah RM1.6 juta

BUTTERWORTH – Sebuah beg tidak bertuan yang ditemui di bahagian karusel bagasi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) rupanya mengandungi dadah bernilai RM1.6 juta.

Pengarah Kastam negeri, Rohaizad Ali berkata, beg berkenaan ditemukan oleh pegawai operasi dari Pejabat Kastam Cawangan Pemeriksaan Penumpang (CPP) LTAPP pada 4 Mac lalu.

Menurutnya, bagasi terbabit dipercayai dibawa turun dari penerbangan luar negara ke negeri ini, namun tidak mempunyai butiran pemilik.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 29 bungkusan lutsinar yang mengandungi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja.

“Anggaran berat kasar tumbuhan kering tersebut sebanyak 16,210 gram dan nilai pasaran sekitar RM1.6 juta,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Rohaizad berkata, kastam merampas empat bungkusan bunga ganja bernilai RM219,128 di Pusat Mel Kurier, Pos Malaysia Berhad pada 16 April lalu.

Menurutnya, sepasukan pegawai dari Unit Narkotik telah menjalankan pemeriksaan parcel-parcel di pusat kurier berkenaan dan dengan bantuan anjing pengesan dadah, berjaya menemui empat bungkusan terbabit.

“Semakan mendapati parcel tersebut telah diikrarkan mengandungi sembilan unit buku komik yang telah dieksport ke luar negara dan kembali dengan status sebagai ‘returned parcel’.

“Kes ini masih dalam siasatan bagi mengesan pemilik parcel tersebut,” katanya.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta