HARRY Kane membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila meledak dua gol untuk membantu Bayern Munich menundukkan Chelsea 3-1 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Penyerang England itu menyumbang gol kedua Bayern pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti selepas jaringan sendiri pemain Chelsea, Trevoh Chalobah, menghadiahkan gol pembukaan buat tuan rumah pada minit ke-20.
Chelsea bagaimanapun segera bangkit apabila Cole Palmer merapatkan jurang dua minit kemudian.
Namun, Kane sekali lagi menjadi pemusnah apabila tenang menyudahkan peluang pada minit ke-63 untuk memastikan kemenangan selesa buat juara Jerman itu.
Kemenangan ini menyaksikan Bayern memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan buat kali ke-22 berturut-turut selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan. Chelsea pula merasai kekalahan pertama mereka musim ini.








