Bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam

PENJAWAT awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Bagi kumpulan pesara pula, mereka akan menerima RM250.

Perkara itu diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat petang ini.

Sementara itu, Anwar juga berkata, elaun panggilan untuk doktor dalam perkhidmatan awam juga akan dinaikkan kepada RM65 sejam dari RM55 sejam.

Kadar Bantuan Sara Hidup untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen dinaikan kepada RM500 berbanding RM300 sebelum ini.

“Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan ketimbang RM300 pada masa ini.

“Kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025,” kata Perdana Menteri.

Related Posts

175 aktivis GSF dibebaskan, 10 rakyat Malaysia selamat

KUALA LUMPUR – Seramai 175 aktivis kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) termasuk 10 rakyat Malaysia disahkan sudah dibebaskan selepas ditahan tentera Zionis ketika misi berkenaan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

DALAM keghairahan mengangkat isu rasuah sempena Himpunan Pekerja 1 Mei, sebahagian tuntutan yang dikemukakan dilihat gagal mengambil kira perkembangan semasa, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kerelevanan persepsi yang dimainkan. Antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

175 aktivis GSF dibebaskan, 10 rakyat Malaysia selamat

175 aktivis GSF dibebaskan, 10 rakyat Malaysia selamat

Siling runtuh di Tamu Limbang, MDL peruntuk RM1 juta naik taraf

Siling runtuh di Tamu Limbang, MDL peruntuk RM1 juta naik taraf

Leeds hampir pasti kekal di EPL lepas tewaskan Burnley 3-1

Leeds hampir pasti kekal di EPL lepas tewaskan Burnley 3-1

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah