Banteras rasuah secara adil tanpa langkau undang-undang

KOTA KINABALU – Majlis Penasihat Sekretariat Himpunan Bangkit Sabahan menyeru agar rasuah dalam kalangan pemimpin Sabah dapat dibanteras secara adil tanpa melangkaui undang-undang dan mempergunakan golongan muda (mahasiswa) dalam sebarang provokasi politik.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, mewakili anak-anak muda dalam sekretariat tersebut, pihaknya berpendapat tindakan Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam membanteras rasuah hanya bersifat sebelah pihak sahaja.

“Mereka meluah kepada kami dengan berkata mereka tidak berpuas hati kerana ada pihak cuba memperbodohkan budak-budak mahasiswa ni. Jika benar ingin membantah rasuah, kenapa tidak kepada semua yang terlibat.

“Seperti contohnya bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony; Presiden Warisan, Datuk Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang ketiga-tiganya dibicarakan kerana kes rasuah.

“Kenapa budak-budak ini tidak bangkitkan isu tersebut? Kenapa yang mereka ‘mention’ Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor patut letak jawatan? Apa kesalahan beliau?

“Saya cuba cari juga apa kesalahan Tun Musa Aman yang pernah disabitkan oleh mahkamah. Mahkamah mana yang pernah sabitkan beliau bersalah? Dia telah didakwa namun dibebaskan, tidak bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media santai Majlis Sekretariat Himpunan Bangkit Sabahan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pada Isnin.

Tambahnya, pihaknya kini berperanan bagi menasihati anak-anak muda yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan untuk tidak terlalu mengikut emosi dan melakukan rusuhan.

“Kita minta supaya peserta yang hadir, tolong kawal emosi, kita faham mereka berada dalam keadaan sangat panas hati sekarang ni.

“Adik-adik kita sangat memendam perasaan dengan Fahmi. Kita faham dan raikan semua perhimpunan aman kerana ini negara bebas bersuara namun jangan buat provokasi,” katanya.

Sementara itu, Zulkarnain turut menjelaskan penganjuran himpunan Bangkit Sabahan merupakan cadangan kumpulan anak-anak muda.

“Jadi untuk makluman semua, penganjuran himpunan Bangkit Sabahan ini sebenarnya telah dicadangkan oleh kumpulan anak-anak muda yang sebenarnya lebih awal sebelum ada perhimpunan Gempur Rasuah ini sebenarnya.

“Mereka terpaksa awalkan sebab sebenarnya perhimpunan Bangkit Sabahan ini sepatutnya diadakan pada bulan Januari namun telah diawalkan sebab ada perhimpunan yang dibuat oleh anak-anak kita, adik-adik kita di perhimpunan Pro Warisan dan UMNO.

“Jadi kami ini sebenarnya hanya sebagai penasihat, kami juga terus menghantar ahli-ahli kami Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia dalam 1,500 orang, jadi jumlah keseluruhan yang kita dapat hantar dalam anggaran 30,000 orang,” ujarnya.

Related Posts

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyantuni kecemerlangan pendidikan di daerah ini dengan menyampaikan sumbangan insentif berjumlah RM14,800 kepada pelajar MRSM Mukah yang mencatatkan keputusan cemerlang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membina semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang membahayakan keselamatan penduduk. Unit Komunikasi Korporat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna