Banjir surut, PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup sepenuhnya

LIMBANG – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Medamit yang dibuka akibat banjir sejak Sabtu lalu, ditutup sepenuhnya pada Ahad selepas keadaan kembali pulih.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, penutupan rasmi PPS berkenaan dilakukan pada jam 12.30 tengah hari berikutan air di kawasan Hujung Jalan Medamit surut sepenuhnya.

Menurutnya, seramai 10 mangsa daripada beberapa buah keluarga terjejas telah ditempatkan di PPS tersebut sejak ia mula beroperasi pada 7 Mac.

“Kesemua mangsa terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan yang dipindahkan selepas kawasan rendah di Hujung Jalan Medamit dinaiki air akibat hujan lebat berterusan.

“Bagaimanapun, keadaan kini sudah kembali normal dan berikutan air yang telah surut sepenuhnya, kesemua mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Jumaat berkata, sepanjang operasi PPS itu dibuka, keadaan dilaporkan terkawal dengan kerjasama baik daripada pelbagai agensi yang terlibat.

Jelas beliau, ia melibatkan keanggotaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Penerangan.

Tambahnya, bekalan elektrik di kawasan yang terjejas juga telah dipulihkan manakala bantuan makanan turut diagihkan kepada semua mangsa yang terlibat di PPS berkenaan.

“Orang ramai yang berdepan sebarang situasi kecemasan dinasihatkan untuk segera menghubungi bilik gerakan APM Limbang di talian 085-210471 atau talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan segera,” ujarnya.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri